Halaman Utama
Motivasi : Mendekati bukan menjauhi guru
Written by zainal   
Wednesday, 01 July 2009

Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Seseorang murid seharusnya mendekati guru berdasarkan butiran berikut:

• Guru sebagai sumber ilmu: Kita datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Walaupun ilmu itu berada di mana-mana tetapi peranan dan tunjuk ajar guru amat diperlukan untuk memberi lebih pemahaman kepada kita. Tanpa ilmu kita ibarat kapal belayar di tengah lautan tanpa nakhoda. Sudah tentu ia akan terumbang-ambing dan mungkin juga akan tenggelam dihempas ombak.

• Guru sebagai pembimbing: Setiap murid harus dibimbing setiap hari. Walaupun kita diminta berdikari tetapi bimbingan daripada guru amat diperlukan kerana guru ialah pengganti ibu bapa ketika disekolah.

• Guru sebagai penyelesai masalah: Guru mempunyai pelbagi tugas dan kemahiran. Contohnya menjaga disiplin pelajar, memberi motivasi dan kaunseling, mengajar, melatih aktiviti sukan atau aktiviti kebudayaan. Oleh itu jika kita rajin berdamping dengan guru bermakna kita akan dapat berbagai pengalaman dan kemahiran untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

• Guru sebagai rakan: Guru juga ialah insan yang mempunyai perasaan serta suka berkawan. Oleh itu pada masa tertentu guru boleh dijadikan rakan yang mampu memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Walaupun guru dianggap sebagai rakan namun mereka perlu dihormati dan segala arahan guru haruslah diamalkan sepanjang masa.

• Guru sebagai penyuluh cahaya: Ungkapan ini bermaksud guru sentiasa memberi bimbingan yang membolehkan murid-murid mendapat kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam juga segala aspek kehidupan murid tersebut.

Setelah mengetahui betapa besarnya peranan guru serta peluang yang kita boleh perolehi, maka janganlah kita menjauhi guru tetapi kita perlu sentiasa mendekati mereka. Jika menghadapi sebarang masalah kita sewajarnya menghubungi guru untuk mendapat panduan yang sebaiknya daripada mereka. Jangan sekali-kali membenci atau memarahi mereka. Anggaplah mereka itu sebagai ikon ke arah kejayaan diri kita.

 
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009
Written by zainal   
Wednesday, 20 May 2009

 

Sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru tersebut. Perhimpunan pagi khas sempena sambutan Hari Guru diadakan.Perutusan -perutusan dibacakan antaranya perutusan Menteri Pendidikan dan Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia. sambutan hari guru 2009

Acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru. Antaranya permainan rebut kerusi, bawa bola pinpong dengan sudu, lerek bola dengan gelung rotan dan pelbagai lagi acara diadakan bagi memeriahkan Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Walaupun bilangan guru yang sedikit di sekolah ini, namun sambutan hari guru di sini sungguh meriah sekali.
SELAMAT HARI GURU ! KAULAH PENDIDIK BUDAYA BANGSA, TAHNIAH KERANA MENJADI GURU YANG BERDEDIKASI DEMI MEMAJUKAN ANK BANGSA.

 

Last Updated ( Friday, 03 July 2009 )
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
Written by zainal   
Tuesday, 19 May 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID DAN IBUBAPA& PENJAGA,SJKT PULAU CAREY TIMUR

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan:

Tarikh : 19 Mei 2009 hingga 25 Mei 2009
Hari : Isnin, Selas, Rabu, Khamis dan Jumaat


Semoga semua murid, mengulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan pertengahan tahun ini.
Selamat menjawab soalan.
Semoga berjaya!

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 4 of 8
Themes and Templates by dezinedepot